Monday, August 30, 2010

Hujan Asid

Dewasa ini , kita sering digemparkan dengan pelbagai fenomena alam yang kian meruncing di dada-dada akhbar . Pelbagai fenomena yang kita dapat lihat dan jika renung sejenak apa yang akan tinggal kepada generasi akan datang . Fenomena yang boleh kita lihat , contohnya hujan asid . Fenomena hujan asid didapati semakin mengancam alam sekitar kita . Hujan asid didefinisikan sebagai hujan yang tidak lagi mengandungi air tulen kondensasi dipenuhi dengan gas-gas seperti karbin dioksida , nitrat , sulfur , amonia dan sebagainya disamping bahan-bahan pencemaran dan habuk yang terperangkap semasa hujan turun.

    Antara punca terjadinya fenomena hujan asid ialah aktiviti-aktiviti pembangunan manusia yang mengabaikan faktor pemeliharaan alam telah mengakibatkan kejadian hujan asid secara berleluasa .  pembakaran bahan api seperti arang batu dan minyak di loji jana kuasa, loji keluli, kilang menapis minyak, dan kenderaan bermotor mengeluarkan bahan pencemaran seperti sulfur oksida dan nitrogen yang mengakibatkan hujan asid. Seterusnya kegiatan perindustrian seperti kilang-kilang yang memasang cerobong asap yang tinggi juga menjadi penyumbang utama hujan asid . Apabila angin bertiup, pencemaran menyeberangi sempadan dan mengakibatkan hujan asid . Hujan asid juga terjadi akibat pengeluaran sumber semulajadi dari bumi . Letupan gunung berapi atau aktiviti teotonik juga mengakibatkan hujan asid . Letupan gunung berepi menambahkan pelbagai bahan pencemaran di atmosfera seperti karbon monoksida, sulfur oksida, nitrogen dan sebagainya. hujan asid terbentuk daripada pelbagai bahan pencemaran ini.



    Antara kesan fenomena hujan asid ialah hujan asid memusnahkan habitat-habitat akuatik. Kesan yang kita dapat lihat adalah dari segi peningkatan keasidan air dalam tasik, sungai dan sebagainya. akan meninggalkan kesan langsung ke atas hidupan akuatik. Bahan- bahan kimia yang di bebaskan akan menjejaskan pembiakan, merosakkan telur-telur ikan dan perkembangan embrio ikan. Haiwan krustasia yang hidup dalam perairan berasid juga akan mempunyai kerang yang lembut. Hujan asid juga didapati menjejaskan organisma-organisma akuatik di seluruh kawasan di Amerika Syarikat, Britain, Scandinavia, dan sebagainya. Di samping itu, hujan asid merosakkan pokok-pokok dan hutan rimba. Hasil penyelidikan di Eropah dan Scandinavia menunjukkan bahawa hujan asid merosakkan tumbuhan dan hutan rimba secara besar-besaran. Pengasidan tanah akibat hujan asid didapati menyerang akar pokok dan daun-daun pokok sehingga pengambilan nutriennya terjejas. Akibatnya, hujan asid akan merosakkan pokok-pokok dan hutan rimba.

    Kesimpulannya, hujan asid sememangnya menjadi salah satu fenomena yang akan merosakkan alam sekitar. Langkah-langkah strategik perlu diambil untuk mengurangkan kesan-kesan negatif hujan asid tersebut.

Dihasilkan oleh: Nor Shafyza Atika Binti Ahmad Sobri (204164)

0 comments:

Post a Comment