Tuesday, August 31, 2010

Kitar Semula


Kitar Semula ialah mengasingkan, mengumpul, memproses bahan kegunaan harian dan bahan yang telah digunakan dalam kehidupan dengan menghasilkan satu produk yang baru untuk mengelakkan pembaziran bahan yang masih boleh dipakai, mengurangkan penggunaan bahan mentah dan tenaga, mengurangkan pencemaran udara daripada pembakaran sisa-sisa terbuang, mengurangkan pencemaran air daripada tapak perlupusan dan mengurangkan gas kesan rumah hijau.

Kitar Semula merupakan satu komponen daripada pengurusan bahan buangan moden dan mengandungi 3R; “Reduce, Reuse, Recycle”. Reduce bermaksud pengurangan contohnya kurangkan pembelian yang tidak perlu. Reuse bermaksud guna semula seperti beg-beg plastis boleh digunakan semula untuk membeli-belah pada lain kali. Recycle bermaksud kitar semula contohnya tin minuman aluminium boleh dikitar semula sebagai kereta, pintu besi, atau pun tin kembali.

Bahan yang boleh dikitar semula mengandungi banyak kategeri iaitu kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable seperti sampah makanan atau lebihan taman biasanya tidak dikategeri sebagai kitar semula. Bahan-bahan yang hendak dikitar semula akan dikategerikan sebelum ia dibersihkan, kemudiannya bahan tersebut akan diproses semula menjad produk baru.

Kitar Semula dapat menyelamatkan alam sekitar. Fakta pertama ialah mengitar semula 1 tin aluminium dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 3 jam televisyen. Fakta kedua adalah sebanyak 4,360 tan sampah dapat dikurangkan jika kertas dikitar semula secara maksimum. Fakta ketiga merupakan dengan mengitar semula 1 botol kaca dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam. Kita juga boleh menyayangi alam sekitar dengan menggunakan beg kertas bagi menggantikan beg plastis, membawa beg kitar semula atau beg kain semasa membeli-belah, jangan menggunakan polistren untuk membungkus makanan, dan sebagainya.

Kitar semula dapat membekalkan bahan mentah untuk industry tertentu. Bahan buangan contohnya surat khabar, besi dan botol minuman boleh dikitar semula sebagai bahan mentah untuk kegunaan pelbagai industri. Misalnya botol minuman kaca boleh dikitar semula sebagai kaca cermin, surat khabar lama boleh dikitar semula sebagai kertas kitar semula manakala besi boleh dikitar semula sebagai bahan logam dalam pembuatan kereta.

Kitar semula dapat mengurangkan kuantiti sampah dan pihak majlis atau pihak swasta dapat menjimatkan kos pengurusan dan kos pengangkutan sampah. Selain itu, ia juga memelihara ruang kehidupan kita. Sekiranya sampah tidak diuruskan dengan baik, manakala persekitaran kita kemungkinan besar akan menjadi tapak pelupusan sampah. Ini akan menjejaskan kesihatan kita kerana sampah akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Kitar semula juga akan mengurangkan pencemaran, maka kesihatan kita akan dijamin.

Kitar semula dapat menjimatkan sumber kita iaitu Malaysia dapat mengurangkan kuantiti kertas buangan setiap bulan bagi menghasilkan produk kertas untuk memenuhi permintaan tempatan. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan tenaga iaitu mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan tenaga yang digunakan memasang televisyen selama 3 jam. Kitar semula juga dapat menyelamatkan hutan kerana sebanyak 17 pohon pokok dipaksa ditebang bagi menghasilkan satu ton kertas manakala menggunakan kertas kitar semula akan mengurangkan pokok yang ditebang. Ini dapat memelihara hutan kerana ia membekalkan oksigen dan udara yang segar kepada kita dan mengelakkan berlakunya kesan rumah hijau.

Kita harus mengamalkan amalan kitar semula untuk melindungi bumi kita. Kita boleh mengasingkan bahan kitar semula ke dalam tong kitar semula mengikut kod warna masing-masing iaitu warna coklat ialah kaca, warna biru ialah kertas manakala warna orange ialah tin aluminium keluli dan plastik. Tong-tong kitar semula biasanya akan disediakan di sekolah-sekolah, stesen minyak, pusat membeli-belah dan bangunan kerajaan. Selain itu, kita juga boleh menghantar bahan-bahan kitar semula ke pusat kutipan yang lebih besar.



Kita boleh memulakan kempen kitar semula di rumah atau pun di pejabat dengan mengubah cara kita membuang sampah iaitu mengasingkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti kertas, plastik, tin aluminium, tin keluli dan bahan berjenis kaca daripada sampah yang lain. Selain itu, tong-tong harus disediakan di pejabat kerana bahan berjenis kertas dapat dikumpul untuk dikitar semula.

Di sekolah, guru-guru boleh menyalurkan pendidikan berkaitan dengan kitar semula kepada pelajar. Pelajar-pelajar perlu mengetahui faedah dan kesan kitar semula supaya mereka melibatkan diri dalam program tersebut. Mereka juga dapat mempengaruhi ahli keluarga mereka dalam melakukan kitar semula. Dalam masa yang sama, program kitar semula akan dijalankan oleh semua anggota keluarga yang membantu pelajar-pelajar ini dan ini sekaligus dapat merapatkan hubungan antara sesama mereka.

Pihak kerajaan juga boleh melancarkan kempen kitar semula untuk menggalakkan lebih ramai orang melibatkan diri dalam kitar semula. Mereka juga boleh menggubal undang-undang bagi menjalankan program kitar semula contohnya negeri Pulau Pinang telah melancarkan iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu, beg plastik tidak akan dibekalkan dan pengguna perlu menyediakan beg plastik sendiri atau dikenakan caj bagi setiap beg plastik yang diminta.

Kesimpulannya, kitar semula bertujuan untuk menyedarkan masyarakat supaya mencintai dan menghargai alam sekitar. Oleh sebab itu, kita perlu mengitar semula bagi melindungi bumi kita daripada terancam.

Disediakan oleh Kevin Yew Tuck Hoong (205754)

2 comments:

SUPERπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘
 
SUPERπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘
 

Post a Comment