Tuesday, August 31, 2010

Pencemaran Tanah

PENGENALAN


Sejak kebelakangan ini, pembangunan negara tanpa had kini merupakan satu perubahan semakin pesat yang berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Dalam konteks ini, demi untuk mengejarkan impian hidup seperti meningkatkan kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup para penduduk, kegiatan seperti kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan. Ini kerana manusia kita sering memandang sebelah mata dan tidak berfikiran waras maka mengabaikan-abaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat perlaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Tedapat banyak kesan-kesan negatif berlaku akibat daripada proses pembangunan secara terburu-buru dan medesak. Ini semuanya akan mengakibatkan kesan pencemaran alam. Kesan –kesan negatif ini akan menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kepanasan bumi kita. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam. Oleh demikian, kita hendaklah menepuk dada menanya diri sendiri bahawa adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas hanya untuk mengajar kemajuan? Apakah peranan kita sebagai seorang masyarakat untuk mengatasi masalah ini? Oleh itu, alam sekitar yang bersih amat penting dalam kehidupan kita dan kita hendaklah mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk memelihara sepenuhnya.



APAKAH ITU PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran alam sekitar boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil daripada aktiviti-aktiviti manusia ke alam persekitaran yang menyebabkan terganggunya keselesaan hidup atau daripada satu aspek lagi ialah pembuatan mencemarkan alam sekililing dengan sampah- sarap dan sebagainya. Pembuangan bahan- bahan secara tidak terkawal boleh menyebakan pencemaran alam sekitar. Selain itu, pencemaran merupakan kehadiran atau penambahan sesuatu bahan semula jadi atau bukan semula jadi ke dalam persekitaran sehingga merosakkan sebahagian atau keseluruhan ekosistem. Pencemaran ialah sebarang perubahan atau gangguan fizikal, kimia dan biologi pada mana-mana alam sekitar yang menyebabkan keseimbangan alam terjejas. Pencemaran juga boleh didefinisikan sebagai pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitaran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan pencemar. Pencemaran dapat dikategori dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam iaitu udara, air, laut, bunyi, tanah, haba dan sebagainya. Konsep pencemaran sangat bergantung kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri. Tanpa nilai ini, konsep pencemaran menjadi kabur. Antara pencemaran yang akan dibincangkan ialah pencemaran tanah.


APAKAH MAKSUD TANAH

Tanah adalah salah satu komponen yang merupakan lapisan teratas permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik serta mempunyai sifat fizik, kimia, biologi dan mempunyai kemampuan kepada kehidupan manusia dan benda hidup yang lain-lain. Tanah merupakan sebahagian penting dalam menyokong kehidupan benda hidup di permukaan muka bumi. Seperti yang kita ketahui rantai makanan bermula dari tumbuhan. Manusia, haiwan hidup akibat daripada tumbuhan. Memang ada tumbuhan dan haiwan yang hidup di laut, tetapi sebahagian besar daripada makanan kita berasal daripada permukaan tanah. Oleh sebab itu, sudah menjadi kewajipan manusia kita untuk menjaga kesuburan tanah.

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN TANAH


Pencemaran tanah bermaksud sesuatu perbuatan yang berlaku kepada satu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada dalam berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Antara punca berlakunya pencemaran tanah ialah pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa toksid, dan sisa-sisa kilang.

 
Penggunaan racun serangga yang secara berlebihan juga boleh menjadikan punca kepada pencemaran tanah. Ini kerana, bahan kimia yang berlebihan akan menyebabkan keasidan berlebihan di kawasan tersebut dan menyebabkan kawasan tersebut terbiar dan tidak boleh digunakan untuk tanaman yang lain. Ini kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Contoh racun efektif yang digunakan untuk membunuh binatang perosak seperti serangga, tikus dan sebagainya ialah pestisid.
 
 
 
 
Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada pencemaran tanah. Kita pasti mengetahui bahawa tempat yang berlonggokan sampah-sarap itu akan menarik perhatian serangga dan haiwan yang membawa penyakit seperti lalat, tikus, lipas dan sebagainya. Secara tidak langsung, ia akan mendatangkan kesan yang mendalam terhadap kesihatan manusia. Dari segi lain, timbunan sampah-sarap tersebut boleh berlakunya gas nitrogen dan asid sulfida. Terdapatnya zat mercury pada longgokan sampah dapat menimbulkan gangguan terhadap tanah, tumbuhan, merosakkan struktur permukaan tanah dan tekstur tanah. Ini kerana ia akan melarut lalu permukaan tanah menjadi racun.





Sampah bukan organik yang tidak boleh terurai yang menyebabkan lapisan tanah tidak dapat ditembus oleh akar tanaman dan tidak mengalir air sehingga peresapan air dan mineral yang dapat menyuburkan tanah hilang dan jumlah mikrooganisma di dalam tanah pun akan berkurangan akibat tidak dapat sumber makanan untuk berkembang. Contohnya botol plastik mineral, tin minuman, polistirena bekas makanan.

CARA-CARA MENGATASI PENCEMARAN TANAH


(i) Untuk mengurangkan pencemaran tanah berlaku daripada bahan yang tidak terurai, kempen kesedaran mengenai program kitar semula perlu diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh dunia. Tempat-tempat khas seperti tong-tong kitar semula haruslah disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol plastik, bekas minuman tin aluminium, kertas, surat khabar dan sebagainya. Walaupun kaedah ini akan melibatkan kos yang tinggi, tetapi bagi dalam jangka masa yang panjang kaedah ini boleh dapat membantu kita untuk pemuliharaan alam sekitar dan boleh menjimatkan sumber alam.

(ii) Disamping itu, bagi penggunaan racun makhluk perosak pula patut dielakkan penggunaannya kerana ia akan menyebabkan penyakit kronik yang boleh merosakkan buah pinggang. Racun serangga yang mengandungi bahan pencemaran seperti pestisida haruslah dielakkan sekali kerana boleh mencemarkan tanah tanaman menjadi terbantut. Sebaliknya, kaedah-kaedah alternatif pengawalan makluk perosak seperti pertanian organik dan pertanian dalam rumah kaca patut diperluaskan. Kaedah ini juga dapat mengurangkan pencemaran alam. Selain itu, pengawalan serangga secara biologi juga boleh digunakan tanpa menjejaskan alam sekeliling.



(iii) Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas berkaitan aspek penjagaan kebersihan alam sekitar. Jika kita lihat pada hari ini, hanya ada segelintir sahaja kilang yang dibina mematuhi piawai kebersihan yang ditetapkan. Dengan ini, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksid ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka dapatlah dikawal. Oleh itu, denda yang maksimum dan hukuman sebatan yang setimpal patut dikenakan keatas pekilang yang tegar supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Justeru, sikap pengilang yang “bagai enau di dalam berlukar, melepaskan pucuk masing-masing” bagi mereka yang tidak suka berpakat dan mementingkan diri sendiri akan dapat dibanteras dengan lebih efektif.


KESIMPULANNYA

Pencemaran alam sekitar merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian yang serius dan segera. Aktiviti pembangunan manusia telah memusnahkan alam sekitar, selain dari menjejaskan kesejahteraan manusia dan hidupan lain. Jika kemusnahan yang dilakukan secara sedar ataupun tidak sedar ini tidak dibendung, segala kehidupan di bumi ini akan pupus. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama dan memainkan peranan sewajarnya untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya berpeluk tubuh meletakkan masalah ini di atas bahu kerajaan dengan semata-mata. Kerjasama antara rakyat dengan agensi kerajaan tentunya akan lebih bermakna. Biarlah semua orang berpuas hati dengan slogan “selamat dunia kita selamatlah nyawa kita”.

Disediakan oleh Thaharat a/p Bun Loot (207421)

0 comments:

Post a Comment