Wednesday, September 1, 2010

Isu-isu Alam Sekitar

         Akhir-akhir ini isu alam sekitar kerap menjadi perhatian dan membimbangkan semua penduduk di dunia kerana kesannya yang sudah mula dirasai seperti peningkatan suhu di dunia yang menyebabkan kematian banyak hidupan laut.

        Isu ini sudah tentu membimbangkan semua pihak kerana kesan peningkatan suhu ini bakal menyebabkan berlaku ketidakseimbangan kepada alam sekitar dan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan berlakunya pemanasan global dan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan berlakunya pemanasan global dan kepupusan flora dan fauna. Berikut merupakan contoh-contoh isu kesan daripada pencemaran alam sekitar.


Terumbu Karang Malaysia Mula Mati (Kosmo, Julai 2010)


 
           Terumbu karang adalah karang yang terbentuk dari kalsium karbonat koloni kerang laut iaitu polip yang bersimbiosis dengan zooxanthellae iaitu sejenis organisma mikroskop. Terumbu karang penting sebagai sumber perikanan kerana banyak haiwan laut bergantung kepada terumbu karang untuk berlindung dan mendapatkan makanan. Namun begitu, terumbu karang dikatakan telah mula mati kesan daripada pemanasan global.  Isu ini baru sahaja digembar-gemburkan apabila terumbu karang yang menjadi tarikan pelancong di kebanyakan pulau di Malaysia mula mati. Sehubungan dengan itu, sidang akhbar dibuat bagi mengumumkan penutupan Sembilan pulau taman laut dan tiga pulau lain di Kedah, Terengganu dan Pahang bagi membendung masalah kelunturan terumbu karang yang semakin kriktikal.




Gempa Bumi



             Isu gempa bumi ini kerap berlaku kebelakangan ini di negara-negara luar. Walau kejadian ini berlaku kerana hukum alam, tetapi ia melibatkan banyak merosakkan alam sekitar pada dasarnya. Gempa bumi ialah pergerakan bumi secara mengejut hingga menyebabkan gegaran di permukaan bumi. Punca gempa bumi berlaku ialah apabila tenaga yang disimpan di dalam bumi seperti batu, tiba-tiba terlepas. Gempa bumi yang paling kuat pada dekad ini direkodkan pada 8.9 skala Richter di Aceh yang disertai dengan tsunami pada 26 Disember 2004.
 
Glasier Indonesia Diancam Bahaya
 
 
 
 
              Glasier ialah sungai ais yang bergerak perlahan dan bersaiz besar. Asal glasier sebenarnya terbentuk daripada salji yang turun dari kwasan pergunungan. Pada 12 March 2010, dunia dikejutkan dengan berita glasier di Indonesia yang semakin hilang kesan daripada pemanasan global yang sedang melanda dunia kini. Salji yang membentuk glasier di Gunung Puncak jaya di pulau Papua, timur Indonesia itu dibimbangi akan hilang sepenuhnya apabila glasier itu sudah mulai hilang 80% daripada keseluruhan 4.8 kilometer kawasan salji itu sejak tahun 1936. Kawasan glasier itu merupakan glasier terakhir di rantau asia pasifik. Kini kawasan glasier tersebut cuma tinggal dua kilometer persegi dengan kedalam 29 meter.

Taufan Conson 2010



            Taufan Conson 2010 atau Basyang ialah siklon tropika pertama dalam musim taufan Pasifik 2010. ia mula-mula melanda kepulauan Filipina pada 11 Julai 2010. Taufan Conson 2010 yang dinamakan sempena nama sebuah gunung di Vietnam telah menyebabkan hujan lebat di Filipina dan menyebabkan 76 orang terbunuh manakala 72 orang lagi dilaporkan hilang. Taufan Conson 2010 telah bergerak ke Vietnam dan China selepas Filipina dan mengakibatkan kerugian berjuta-juta yuan dan berpuluh-puluh penduduk mati kesan daripada taufan tersebut.

Disediakan oleh Farfisa Susani Binti Azmi (126907)

0 comments:

Post a Comment