Wednesday, September 1, 2010

Kepupusan Flora dan Fauna

Noresah Baharom (2002) mentakrifkan Flora sebagai keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah pada sesuatu masa. Manakala Fauna pula bermaksud semua binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya.


Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora dan fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies katak dan 80 spesies cicak telah disenaraikan. Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahan air.

Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini, kita dapat lihat bagaimana orkid hutan yang cantik telah dilaporkan hampir pupus, faktor ini mungkin disebabkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia dan semakin menggugat kestabilan alam. Hidupan seperti penyu di lautan juga semakin terancam. Menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu, kajian mereka menunjukkan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5,665 ekor penyu mentarut tetapi pada tahun 1994 hanya tinggal 2,247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali spesies penyu ini.

FAKTOR – FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN

Pencemaran

 Keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Faktor ini yang menyebabkan banyak hidupan akuatik semakin pupus.

 Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh semakin pupus disebabkan pencemaran air terutamanya disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut.

 Beruang panda yang merupakan habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China semakin pupus disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.

Pembukaan Tanah Baru

 Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah-tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesis tumbuh-tumbuhan.

Masalah pembalakan haram

 Pembalakan haram iaitu menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal.

 Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara.

 Apabila kegiatan pembalakan dijalankan, ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup di kawasan itu lari dan mati. Seterusnya hakisan tanah juga akan berlaku.

Pembakaran Hutan

 Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera telah menyebabkan spesis-spesis yang berada di kawasan tersebut musnah dan terancam.

Pemburu Haram

 Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini.

 Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan binatang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.

 Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.

 Harimau Malaya merupakan satu spesis yang semakin terancam kerana pemburuan terhadapnya semakin tinggi. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

Peningkatan Suhu Dunia

 Faktor peningkatan suhu dunia ini juga merupakan punca utama kepupusan flora dan fauna di Malaysia.

 Faktor perubahan iklim ini bukanlah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti ‘dinasaour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia.

 Fenomena yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan sesetengah spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan terancam terutamanya haiwan dan tumbuhan yang tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini.


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

 Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan.

 Mengiktirafkan lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi, taman laut atau taman negara dengan keluasan yang mencukupi.

 Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA)1974 - Pembuangan sisa minyak ke laut didenda RM50,000.

 Mengetatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram.

 Pemeliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.

 Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar. Contohnya usaha-usaha pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.

 Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan

 Peraduan menulis esei , puisi dan kempen-kempen (Cintailah Sungai kita )

KESIMPULAN

Kepupusan flora dan fauna ialah kemusnahan dan kepupusan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan semulajadi. Untuk mencegah kepupusan ini daripada terus berlaku, manusia memainkan peranan yang penting dalam menjayakan kegiatan ini. Selamatkanlah alam sekitar kita supaya generasi-generasi akan datang masih dapat menghayati keindahannya.

Disediakan oleh Tan Ying Chian (207483)

0 comments:

Post a Comment