Tuesday, August 31, 2010

Pencemaran Udara

          Alam merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya kepada semua makhluk ciptaannya. Alam sekitar mempunyai beberapa komponen utama iaitu unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semulajadi tanpa penglibatan manusia termasuk batu-bata,haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Di samping itu,alam sekitar merupakan sumber sejagat semulajadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan
tertentu seperti udara dan air.Namun demikian,alam sekitar kini semakin tercemar kerana dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Buktinya wujud pencemaran udara,air dan darat dan langkah yang infisien perlu di lakukan bagi mengatasi fenomena ini. Bertambahnya bilangan kenderaan di jalan raya merupakan antara punca berlakunya pencemaran udara.


            Hal ini demikian kerana masyarakat moden kini amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan motosikal. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya di hasilkan dengan pembakaran bahan api fosil. kesannya, bahan api fosil tersebut menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat.Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan jumlah tenaga yang di perlukan. Dalam sektor pengangkutan,kenderaan bermotor merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara. Aktiviti perindustrian dan pembangunan yang dilakukan secara rancak juga merupakan penyebab berlakunya pencemaran alam. Hal ini demikian kerana ekonomi Malaysia sememangnya amat bergantung kepada industri pembuatan terutamanya elektronik,kimia dan getah. Namun. kadar pengeluaran yang kian bertambah telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik, bukan organik, bahan kimia, dan juga habuk. Kini terdapat pelbagai jenis industri yang menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Sebagai contoh, industri kimia melepaskan
pencemar yang mengandungi pelbagai komponen yang berasaskan nitrogen dan sulfur,manakala industri kilang penapis minyak pula mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Selain itu,industri logam pula mengeluarkan bahan sulfur dioksida dan habuk toksik. Penjanaan kuasa elektrik jaga merupakan salah satu punca berlakunya pencemaran alam ini. Hal ini berlaku kerana hampir kesemua tenaga elektrik di hasilkan dengan pembakaran bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu, Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekapan antara 35 dan 40 peratus manakala tenaga selebihnya akan bertukar menjadi haba. Kini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus lagi di hasilkan melalui sistem janakuasa
hidro.
            Aktiviti harian yang dilakukan oleh manusia juga merupakan penyumbang kepada pencemaran alam. Hal ini kerana aktiviti yang dilakukan adalah melalui penggunaan tenaga mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Buktinya, peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi peralatan ini juga mencemarkan udara. Hal ini berlaku apabila cecair penyejuk yang digunakan akan melepaskan gas kloroflorokarbon(CFC) ke udara. Maka, keadaan ini akan mengakibatkan penipisan lapisan ozon.Di samping itu,peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga merupakan punca berlakunya pencemaran alam. Kesan daripada pencemaran udara ini telah membawa banyak implikasi terhadap kesihatan manusia seperti sistem pernafasan. Buktinya, apabila udara dan bahan cemar yang terperangkap di dalamnya, akan memasuki hidung, mulut atau paru-paru manusia melalui trakea.Selain itu,karbon monoksida adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan.Selain itu juga ,bahan campur nitrogen oksida (No2) juga boleh menyebabkan edema dan pendarahan dalam tubuh badan manusia.Akibat daripada pencemaran alam ini juga mengakibatkan kesihatan manusia turut tergugat. Buktinya,di nagara Malaysia penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950–an dahulu. Walau bagaimanapun, kemunculan kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah seperti kerosakan alam semulajadi malah hasil penggunaan kenderaan plumbum juga merupakan sejenis bahan
kimia yang sangat beracun dan boleh mengakibatkan kerosakan otak terutama dalam
kalangan kanak-kanak.
           Pencemaran alam ini juga turut mengancam kehidupan tumbuh-tumbuhan dan binatang ternakan. Pencemaran tersebut telah banyak membunuh organisma laut di perairan yang cetek kesan daripada berlakunya tumpahan minyak. Apabila tumpahan minyak berlaku dalam kuantiti yang banyak dan berhampiran dengan persisiran pantai,maka kesannya telah membentuk lapisan minyak yang dapat mengancam kehidupan lain malah memjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton.Penipisan lapisan ozon juga merupakan antara kesan daripada pencemaran alam.Hal ini kerana lapisan ozon tersebut sememangnya melindungi manusia daripada sinaran terik matahari .Namun demikian,pempebasan gas CFC yang di gunakan dalam alat-alat penyembur udara dan peti sejuk telah mengakibatkan penipisan lapisan ozon.Kesannya penipisan tersebut telah mengakibatkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke permukaan bumi dan mengakibatkan kesihatan manusia turut terjejas seperti berlakunya kanser kulit,sesak nafas dan sakit mata yang kronik.


           Bagi mengatasi pencemaran alam sekitar,semua pihak perlulah memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini.Sebagai contoh pihak kerajaan Malaysia perlulah mengkaji setiap permohonan mereka yang ingin mendirikan kilamg dengan cara yang terperinci.Kerajaan juga perlulah bertindak tegas agar tidak meluluskan permit kepada pihak yang ingin mendirikan kilang atau Pusat Perindustrian dengan sewenang-wenangya.Selain itu,pihak kerajaan juga boleh bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan(NGO) bagi memastikan isu alam persekitaran senantiasa terjamin daripada pencemaran.Pihak kerajaan perlulah menguatkuasakan lagi undang-undang di samping memastikan pihak perindustrian membina kilang mereka jauh daripada kawasan perumahan.Media massa juga berperanan dalam menangani masalah ini.Sebagai contoh, media massa yang terdiri daripada media elektronik dan media cetak seharusmya
berperanan dalam mengatasi isu di peringkat global ini.Hal ini demikian kerana,masyarakat mudah terpengaruh akan bahan bacaan yang di sampaikan atau di pertontonkan.Media massa sememangnya amat berpengaruh dalam kehidupan masyarakat khususnya dalam kalangan remaja dan kanak-kanak bagi memastikan alam persekitaran senantiasa terjamin. Pihak sekolah juga seharusnya memainkan peranan penting dalam memastikan alam sekitar terus terpelihara melalui mata pelajaran Pendidikan Moral. Guru-guru
perlulah menekankan nilai-nilai murni dan kepentingan menjaga alam sekitar daripada segala bentuk pencemaran. Pihak sekolah bolehlah menubuhkan kelab-kelab yang berbentuk perlindungan terhadap alam sekitar seperti kelab keceriaan dan mengadakan pameran–pameran yang berbentuk pengetahuan terhadap alam sekitar.Selain itu,masyarakat juga perlulah sedar akan pentingnya alam sekitar ini untuk kehidupan yang lebih selesa.Sebagai contoh,ketua-ketua kampung boleh mengadakan pertandingan keceriaan dan kebersihan kampung di kampung-kampung mereka.Pelaksanaan ini sekurang-kurangnya dapat menyedarkan masyarat bahawa bumi ini sememangnya perlu untuk di jaga dan di pelihara.
             Konklusinya,alam sekitar perlulah di pelihara keindahannya. Hal ini demikian kerana,tanpa persekitaran yang indah dan bersih sukar bagi manusia,tumbuh-tumbuhan dan haiwan untuk terus hidup di permukaan bumi.Oleh hal yang demikian,peranan dan tanggungjawab semua pihak amatlah perlu dalam
menangani krisis ini daripada terus berleluasa.Hal ini demikian kerana alam sekitar yang bersih dan indah dapat memastikan kehidupan semua makhluk terus berada dalam keadaan baik bagi meneruskan kelangsungan hidup di bumi ini.



Disediakan oleh Nor Hazimah Binti Hazan (205027)

Pencemaran Tanah

PENGENALAN


Sejak kebelakangan ini, pembangunan negara tanpa had kini merupakan satu perubahan semakin pesat yang berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Dalam konteks ini, demi untuk mengejarkan impian hidup seperti meningkatkan kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup para penduduk, kegiatan seperti kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan. Ini kerana manusia kita sering memandang sebelah mata dan tidak berfikiran waras maka mengabaikan-abaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat perlaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Tedapat banyak kesan-kesan negatif berlaku akibat daripada proses pembangunan secara terburu-buru dan medesak. Ini semuanya akan mengakibatkan kesan pencemaran alam. Kesan –kesan negatif ini akan menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kepanasan bumi kita. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam. Oleh demikian, kita hendaklah menepuk dada menanya diri sendiri bahawa adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas hanya untuk mengajar kemajuan? Apakah peranan kita sebagai seorang masyarakat untuk mengatasi masalah ini? Oleh itu, alam sekitar yang bersih amat penting dalam kehidupan kita dan kita hendaklah mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk memelihara sepenuhnya.



APAKAH ITU PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran alam sekitar boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil daripada aktiviti-aktiviti manusia ke alam persekitaran yang menyebabkan terganggunya keselesaan hidup atau daripada satu aspek lagi ialah pembuatan mencemarkan alam sekililing dengan sampah- sarap dan sebagainya. Pembuangan bahan- bahan secara tidak terkawal boleh menyebakan pencemaran alam sekitar. Selain itu, pencemaran merupakan kehadiran atau penambahan sesuatu bahan semula jadi atau bukan semula jadi ke dalam persekitaran sehingga merosakkan sebahagian atau keseluruhan ekosistem. Pencemaran ialah sebarang perubahan atau gangguan fizikal, kimia dan biologi pada mana-mana alam sekitar yang menyebabkan keseimbangan alam terjejas. Pencemaran juga boleh didefinisikan sebagai pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitaran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan pencemar. Pencemaran dapat dikategori dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam iaitu udara, air, laut, bunyi, tanah, haba dan sebagainya. Konsep pencemaran sangat bergantung kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri. Tanpa nilai ini, konsep pencemaran menjadi kabur. Antara pencemaran yang akan dibincangkan ialah pencemaran tanah.


APAKAH MAKSUD TANAH

Tanah adalah salah satu komponen yang merupakan lapisan teratas permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik serta mempunyai sifat fizik, kimia, biologi dan mempunyai kemampuan kepada kehidupan manusia dan benda hidup yang lain-lain. Tanah merupakan sebahagian penting dalam menyokong kehidupan benda hidup di permukaan muka bumi. Seperti yang kita ketahui rantai makanan bermula dari tumbuhan. Manusia, haiwan hidup akibat daripada tumbuhan. Memang ada tumbuhan dan haiwan yang hidup di laut, tetapi sebahagian besar daripada makanan kita berasal daripada permukaan tanah. Oleh sebab itu, sudah menjadi kewajipan manusia kita untuk menjaga kesuburan tanah.

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN TANAH


Pencemaran tanah bermaksud sesuatu perbuatan yang berlaku kepada satu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada dalam berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Antara punca berlakunya pencemaran tanah ialah pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa toksid, dan sisa-sisa kilang.

 
Penggunaan racun serangga yang secara berlebihan juga boleh menjadikan punca kepada pencemaran tanah. Ini kerana, bahan kimia yang berlebihan akan menyebabkan keasidan berlebihan di kawasan tersebut dan menyebabkan kawasan tersebut terbiar dan tidak boleh digunakan untuk tanaman yang lain. Ini kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Contoh racun efektif yang digunakan untuk membunuh binatang perosak seperti serangga, tikus dan sebagainya ialah pestisid.
 
 
 
 
Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada pencemaran tanah. Kita pasti mengetahui bahawa tempat yang berlonggokan sampah-sarap itu akan menarik perhatian serangga dan haiwan yang membawa penyakit seperti lalat, tikus, lipas dan sebagainya. Secara tidak langsung, ia akan mendatangkan kesan yang mendalam terhadap kesihatan manusia. Dari segi lain, timbunan sampah-sarap tersebut boleh berlakunya gas nitrogen dan asid sulfida. Terdapatnya zat mercury pada longgokan sampah dapat menimbulkan gangguan terhadap tanah, tumbuhan, merosakkan struktur permukaan tanah dan tekstur tanah. Ini kerana ia akan melarut lalu permukaan tanah menjadi racun.





Sampah bukan organik yang tidak boleh terurai yang menyebabkan lapisan tanah tidak dapat ditembus oleh akar tanaman dan tidak mengalir air sehingga peresapan air dan mineral yang dapat menyuburkan tanah hilang dan jumlah mikrooganisma di dalam tanah pun akan berkurangan akibat tidak dapat sumber makanan untuk berkembang. Contohnya botol plastik mineral, tin minuman, polistirena bekas makanan.

CARA-CARA MENGATASI PENCEMARAN TANAH


(i) Untuk mengurangkan pencemaran tanah berlaku daripada bahan yang tidak terurai, kempen kesedaran mengenai program kitar semula perlu diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh dunia. Tempat-tempat khas seperti tong-tong kitar semula haruslah disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol plastik, bekas minuman tin aluminium, kertas, surat khabar dan sebagainya. Walaupun kaedah ini akan melibatkan kos yang tinggi, tetapi bagi dalam jangka masa yang panjang kaedah ini boleh dapat membantu kita untuk pemuliharaan alam sekitar dan boleh menjimatkan sumber alam.

(ii) Disamping itu, bagi penggunaan racun makhluk perosak pula patut dielakkan penggunaannya kerana ia akan menyebabkan penyakit kronik yang boleh merosakkan buah pinggang. Racun serangga yang mengandungi bahan pencemaran seperti pestisida haruslah dielakkan sekali kerana boleh mencemarkan tanah tanaman menjadi terbantut. Sebaliknya, kaedah-kaedah alternatif pengawalan makluk perosak seperti pertanian organik dan pertanian dalam rumah kaca patut diperluaskan. Kaedah ini juga dapat mengurangkan pencemaran alam. Selain itu, pengawalan serangga secara biologi juga boleh digunakan tanpa menjejaskan alam sekeliling.



(iii) Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas berkaitan aspek penjagaan kebersihan alam sekitar. Jika kita lihat pada hari ini, hanya ada segelintir sahaja kilang yang dibina mematuhi piawai kebersihan yang ditetapkan. Dengan ini, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksid ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka dapatlah dikawal. Oleh itu, denda yang maksimum dan hukuman sebatan yang setimpal patut dikenakan keatas pekilang yang tegar supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Justeru, sikap pengilang yang “bagai enau di dalam berlukar, melepaskan pucuk masing-masing” bagi mereka yang tidak suka berpakat dan mementingkan diri sendiri akan dapat dibanteras dengan lebih efektif.


KESIMPULANNYA

Pencemaran alam sekitar merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian yang serius dan segera. Aktiviti pembangunan manusia telah memusnahkan alam sekitar, selain dari menjejaskan kesejahteraan manusia dan hidupan lain. Jika kemusnahan yang dilakukan secara sedar ataupun tidak sedar ini tidak dibendung, segala kehidupan di bumi ini akan pupus. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama dan memainkan peranan sewajarnya untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya berpeluk tubuh meletakkan masalah ini di atas bahu kerajaan dengan semata-mata. Kerjasama antara rakyat dengan agensi kerajaan tentunya akan lebih bermakna. Biarlah semua orang berpuas hati dengan slogan “selamat dunia kita selamatlah nyawa kita”.

Disediakan oleh Thaharat a/p Bun Loot (207421)

Kepentingan Alam Sekitar

Alam sekitar termasuklah segala benda hidup dan juga bukan hidup  yang terdapat secara semula jadi di bumi atau sebahagian daripadanya. Terdapat beberapa komponen utama dalam alam sekitar. Yang pertama ialah ia merupakan unit landskap yang berperanan sebagai system semula jadi tanpa campur tangan manusia, termasuk flora dan fauna, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku seperti gempa bumi, letupan gunung api, tsunami dan lain-lain. Ia juga merupakan sumber semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti iklim, air, udara, sinaran, cas elektrik, kemagnetan, sertatenaga yang tidak terlibat hasil daripada aktiviti manusia.


Alam sekitar memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan harian kita semua. Kehidupan manusia dengan alam sekitar adalah saling bergantung. Satu suasana yang selesa dan menyamankan dapat dicapaikan sekiranya alam sekitar tidak dicemar. Selain daripada memberi keselesaan kepada manusia, ia juga akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sedikit sebanyak jikalau alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik atau sistematik. Jika berlakunya kemusnahan alam sekitar akan memberi kesan yang amat serius terhadap kehidupan manusia. Ini menunjukkan kepentingan manusia terhadap alam sekitar dengan jelas. Antara kepentingannya ialah kesihatan manusia dapat dijamin, memberi tarikan kepada pelancong asing, pembekalan udara yang segar, ekosistem yang stabil, habitat hidupan sama ada darat atau laut dapat terpelihara, dan mengelakkan kepupusan flora dan fauna.

Keadaan alam sekitar yang bersih dapat menjamin kesihatan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana alam sekitar membekalkan udara kepada manusia. Kesihatan manusia akan terjejas jikalau hidup dalam persekitaran yang kurang bersih. Sebagai buktinya, pembuangan sampah-sarap ke dalam longkang, parit, sungai terutamanya di bandar raya telah memudahkan pembiakan bakteria. Sampah-sarap yang menyekat pengaliran air membekalkan tempat yang ideal untuk pembiakan jentik-jentik nyamuk khasnya nyamuk Aedes. Hal ini mengakibatkan berlakunya penyakit Deman Tinggi. Selain itu, persekitaran yang kurang bersih akan menyebabkan sakit perut jikalau tersalah minum atau makan yang tidak bersih.

Yang kedua pula ialah memberi tarikan kepada pelancong asing untuk melawat ke negara kita. Negara kita iaitu Malaysia agak kenal dengan pelancongan eko. Pelancongan eko merupakan pelancongan yang berkaitan dengan alam semula jadi. Ia mewujudkan insentif yang jelas untuk melindungi alam sekitar kerana hasil keuntungan negara bergantung kepadanya. Walau bagaimanpun, pembangunan pelancongan yang berteraskan semula jadi juga mungkin bercanggah dengan sasaran pemuliharaan. Cabaran dasar adalah untuk mendapatkan imbangan yang betul iaitu pelancongan eko yang dilaksanakan dengan rapi dapat melindungi sumber alam semula jadi dan pada masa yang sama mendapat pulangan kewangan yang besar hasil daripada perlindungan tersebut. Sebagai contoh, kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang berkaitan dengan alam sekitar seperti Taman Negara yang terletak di Pahang, Terengganu dan Kelantan, hutan hujan tropika di Sabah, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu di Kota Kinabalu, Sabah dan lain-lain. Terdapat juga banyak pulau-pulau di Malaysia, contohnya Pulau Redang, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor dan sebagainya. Hal ini dapat meningkatkan kadar pelancong asing melancong ke Malaysia dan ekonomi negara kita juga akan naik juga.

Ketiga, alam sekitar merupakan pembekal udara yang segar. Pokok-pokok membekalkan kita udara yang segar. Kebersihan dan kesegaran udara menyumbangkan kita pernafasan yang sihat, udara yang berkandungan oksigen tinggi amat diperlukan oleh manusia untuk menyegarkan badan kita. Tetapi manusia tidak menghargainya malahan memusnahkan mereka demi menjalankan pembangunan yang tidak terhad. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pencemaran udara, contohnya kesan rumah hijau, jerebu, banjir kilat dan sebagainya. Keadaan yang semakin serius ini mengakibatkan kualiti udara terjejas menjadi kurang berqualiti. Dalam keadaan , sistem pernafasan manusia tidak dapat berfungsi dengan baik dan mungkin menjangkiti penyakit seperti asma, sakit jantung dan sebagainya. Terdapat juga berlakunya jangkitan penyaki yang merebak melalui udara yang agak serius kebelakangan tahun ini yang boleh mengakibatkan kematian iaitu SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) pada November 2002 dan H1N1 (Virus Influenza A) pada tahun 2006. Hal ini memang dapat dielakkan jikalau semua pihak memberi kerjasama dengan menjalakan pembangunan dengan sistematik.

Alam sekitar dalam keadaan yang baik juga menjamin ekosistem yang stabil. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan air. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Ini juga dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan domestik mahupun industri. Selain itu, hutan yang membantu manusia menakung air dalam empangan-empangan yang dilengkapi dengan teknologi canggih membolehkan kita menghasilkan kuasa elektiok hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan dapat mengurangkan pergantungan terhadap tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang mencemarkan alam sekitar.



Kelima, alam sekitar merupakan habitat hidupan sama ada darat ataupun laut. Satu alam sekitar yang harmoni membolehkan kediaman hidupan darat dan laut terpelihara. Tetapi, pembangunan yang amat pesat mengakibatkan penerokaan hutan yang tanpa kawalan. Hal ini telah memusnahkan habitat semula jadi haiwan, menyebabkan haiwan-haiwan terpaksa mencari habitat yang baharu dan kadang kala terpaksa menceroboh ke kawasan penempatan manusia untuk mencari makanan. Oleh itu, pihak yang berkenaan haruslah memguatkuasakan undang-undang untuk mendenda pihak yang menerbang pokok-pokok dengan tiada kawalan demi menjamin kediaman haiwan-haiwan.

Yang terakhir, alam sekitar yang diuruskan dengan sistematik dapat mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Masalah pembalakan haram yang kian serius mengakibatkan kepupusan flora dan fauna. Demi mendapatkan keuntungan mereka sanggup menjalankan pembalakan haram di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpanan dan taman negara. Pemburuan haram juga merupakan salah satu punca kepupusan flora dan fauna. Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia menyebabkan kemusnahan habitat dan sepsis haiwan. Contohnya, Harimau Malaya merupakan satu spesis haiwan yang kian terancam dan tinggal sejumlah yang sedikit sahaja kerana permintaannya yang tinggi terutamanya dalam bidang perubatan Cina. Pihak yang berkuasa haruslah melaksanakan langkah-langkah dengan cekap dan efektif untuk menjaga flora dan fauna yang hampir pupus.

Kesimpulannya, alam sekitar adalah sangat penting kepada kita semua. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk menyelamatkan alam sekitar ataupun boleh dikatakan bumi yang kami cintai yang semakin teruk.

Disediakan oleh Geam Wei Loon (205669)

Kitar Semula


Kitar Semula ialah mengasingkan, mengumpul, memproses bahan kegunaan harian dan bahan yang telah digunakan dalam kehidupan dengan menghasilkan satu produk yang baru untuk mengelakkan pembaziran bahan yang masih boleh dipakai, mengurangkan penggunaan bahan mentah dan tenaga, mengurangkan pencemaran udara daripada pembakaran sisa-sisa terbuang, mengurangkan pencemaran air daripada tapak perlupusan dan mengurangkan gas kesan rumah hijau.

Kitar Semula merupakan satu komponen daripada pengurusan bahan buangan moden dan mengandungi 3R; “Reduce, Reuse, Recycle”. Reduce bermaksud pengurangan contohnya kurangkan pembelian yang tidak perlu. Reuse bermaksud guna semula seperti beg-beg plastis boleh digunakan semula untuk membeli-belah pada lain kali. Recycle bermaksud kitar semula contohnya tin minuman aluminium boleh dikitar semula sebagai kereta, pintu besi, atau pun tin kembali.

Bahan yang boleh dikitar semula mengandungi banyak kategeri iaitu kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable seperti sampah makanan atau lebihan taman biasanya tidak dikategeri sebagai kitar semula. Bahan-bahan yang hendak dikitar semula akan dikategerikan sebelum ia dibersihkan, kemudiannya bahan tersebut akan diproses semula menjad produk baru.

Kitar Semula dapat menyelamatkan alam sekitar. Fakta pertama ialah mengitar semula 1 tin aluminium dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 3 jam televisyen. Fakta kedua adalah sebanyak 4,360 tan sampah dapat dikurangkan jika kertas dikitar semula secara maksimum. Fakta ketiga merupakan dengan mengitar semula 1 botol kaca dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam. Kita juga boleh menyayangi alam sekitar dengan menggunakan beg kertas bagi menggantikan beg plastis, membawa beg kitar semula atau beg kain semasa membeli-belah, jangan menggunakan polistren untuk membungkus makanan, dan sebagainya.

Kitar semula dapat membekalkan bahan mentah untuk industry tertentu. Bahan buangan contohnya surat khabar, besi dan botol minuman boleh dikitar semula sebagai bahan mentah untuk kegunaan pelbagai industri. Misalnya botol minuman kaca boleh dikitar semula sebagai kaca cermin, surat khabar lama boleh dikitar semula sebagai kertas kitar semula manakala besi boleh dikitar semula sebagai bahan logam dalam pembuatan kereta.

Kitar semula dapat mengurangkan kuantiti sampah dan pihak majlis atau pihak swasta dapat menjimatkan kos pengurusan dan kos pengangkutan sampah. Selain itu, ia juga memelihara ruang kehidupan kita. Sekiranya sampah tidak diuruskan dengan baik, manakala persekitaran kita kemungkinan besar akan menjadi tapak pelupusan sampah. Ini akan menjejaskan kesihatan kita kerana sampah akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Kitar semula juga akan mengurangkan pencemaran, maka kesihatan kita akan dijamin.

Kitar semula dapat menjimatkan sumber kita iaitu Malaysia dapat mengurangkan kuantiti kertas buangan setiap bulan bagi menghasilkan produk kertas untuk memenuhi permintaan tempatan. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan tenaga iaitu mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan tenaga yang digunakan memasang televisyen selama 3 jam. Kitar semula juga dapat menyelamatkan hutan kerana sebanyak 17 pohon pokok dipaksa ditebang bagi menghasilkan satu ton kertas manakala menggunakan kertas kitar semula akan mengurangkan pokok yang ditebang. Ini dapat memelihara hutan kerana ia membekalkan oksigen dan udara yang segar kepada kita dan mengelakkan berlakunya kesan rumah hijau.

Kita harus mengamalkan amalan kitar semula untuk melindungi bumi kita. Kita boleh mengasingkan bahan kitar semula ke dalam tong kitar semula mengikut kod warna masing-masing iaitu warna coklat ialah kaca, warna biru ialah kertas manakala warna orange ialah tin aluminium keluli dan plastik. Tong-tong kitar semula biasanya akan disediakan di sekolah-sekolah, stesen minyak, pusat membeli-belah dan bangunan kerajaan. Selain itu, kita juga boleh menghantar bahan-bahan kitar semula ke pusat kutipan yang lebih besar.



Kita boleh memulakan kempen kitar semula di rumah atau pun di pejabat dengan mengubah cara kita membuang sampah iaitu mengasingkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti kertas, plastik, tin aluminium, tin keluli dan bahan berjenis kaca daripada sampah yang lain. Selain itu, tong-tong harus disediakan di pejabat kerana bahan berjenis kertas dapat dikumpul untuk dikitar semula.

Di sekolah, guru-guru boleh menyalurkan pendidikan berkaitan dengan kitar semula kepada pelajar. Pelajar-pelajar perlu mengetahui faedah dan kesan kitar semula supaya mereka melibatkan diri dalam program tersebut. Mereka juga dapat mempengaruhi ahli keluarga mereka dalam melakukan kitar semula. Dalam masa yang sama, program kitar semula akan dijalankan oleh semua anggota keluarga yang membantu pelajar-pelajar ini dan ini sekaligus dapat merapatkan hubungan antara sesama mereka.

Pihak kerajaan juga boleh melancarkan kempen kitar semula untuk menggalakkan lebih ramai orang melibatkan diri dalam kitar semula. Mereka juga boleh menggubal undang-undang bagi menjalankan program kitar semula contohnya negeri Pulau Pinang telah melancarkan iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu, beg plastik tidak akan dibekalkan dan pengguna perlu menyediakan beg plastik sendiri atau dikenakan caj bagi setiap beg plastik yang diminta.

Kesimpulannya, kitar semula bertujuan untuk menyedarkan masyarakat supaya mencintai dan menghargai alam sekitar. Oleh sebab itu, kita perlu mengitar semula bagi melindungi bumi kita daripada terancam.

Disediakan oleh Kevin Yew Tuck Hoong (205754)

Monday, August 30, 2010

Hujan Asid

Dewasa ini , kita sering digemparkan dengan pelbagai fenomena alam yang kian meruncing di dada-dada akhbar . Pelbagai fenomena yang kita dapat lihat dan jika renung sejenak apa yang akan tinggal kepada generasi akan datang . Fenomena yang boleh kita lihat , contohnya hujan asid . Fenomena hujan asid didapati semakin mengancam alam sekitar kita . Hujan asid didefinisikan sebagai hujan yang tidak lagi mengandungi air tulen kondensasi dipenuhi dengan gas-gas seperti karbin dioksida , nitrat , sulfur , amonia dan sebagainya disamping bahan-bahan pencemaran dan habuk yang terperangkap semasa hujan turun.

    Antara punca terjadinya fenomena hujan asid ialah aktiviti-aktiviti pembangunan manusia yang mengabaikan faktor pemeliharaan alam telah mengakibatkan kejadian hujan asid secara berleluasa .  pembakaran bahan api seperti arang batu dan minyak di loji jana kuasa, loji keluli, kilang menapis minyak, dan kenderaan bermotor mengeluarkan bahan pencemaran seperti sulfur oksida dan nitrogen yang mengakibatkan hujan asid. Seterusnya kegiatan perindustrian seperti kilang-kilang yang memasang cerobong asap yang tinggi juga menjadi penyumbang utama hujan asid . Apabila angin bertiup, pencemaran menyeberangi sempadan dan mengakibatkan hujan asid . Hujan asid juga terjadi akibat pengeluaran sumber semulajadi dari bumi . Letupan gunung berapi atau aktiviti teotonik juga mengakibatkan hujan asid . Letupan gunung berepi menambahkan pelbagai bahan pencemaran di atmosfera seperti karbon monoksida, sulfur oksida, nitrogen dan sebagainya. hujan asid terbentuk daripada pelbagai bahan pencemaran ini.



    Antara kesan fenomena hujan asid ialah hujan asid memusnahkan habitat-habitat akuatik. Kesan yang kita dapat lihat adalah dari segi peningkatan keasidan air dalam tasik, sungai dan sebagainya. akan meninggalkan kesan langsung ke atas hidupan akuatik. Bahan- bahan kimia yang di bebaskan akan menjejaskan pembiakan, merosakkan telur-telur ikan dan perkembangan embrio ikan. Haiwan krustasia yang hidup dalam perairan berasid juga akan mempunyai kerang yang lembut. Hujan asid juga didapati menjejaskan organisma-organisma akuatik di seluruh kawasan di Amerika Syarikat, Britain, Scandinavia, dan sebagainya. Di samping itu, hujan asid merosakkan pokok-pokok dan hutan rimba. Hasil penyelidikan di Eropah dan Scandinavia menunjukkan bahawa hujan asid merosakkan tumbuhan dan hutan rimba secara besar-besaran. Pengasidan tanah akibat hujan asid didapati menyerang akar pokok dan daun-daun pokok sehingga pengambilan nutriennya terjejas. Akibatnya, hujan asid akan merosakkan pokok-pokok dan hutan rimba.

    Kesimpulannya, hujan asid sememangnya menjadi salah satu fenomena yang akan merosakkan alam sekitar. Langkah-langkah strategik perlu diambil untuk mengurangkan kesan-kesan negatif hujan asid tersebut.

Dihasilkan oleh: Nor Shafyza Atika Binti Ahmad Sobri (204164)

Pembuangan Sampah Menjejaskan Alam Sekitar


Pada era globalisasi kini, alam sekitar semakin mencemar oleh sebab-sebab tertentu seperti pencemaran udara, air, tanah, bunyi, pembalakan haram dan lain-lain. Pencemaran ini, akan membawa kesan negatif kepada kesihatan kita di samping ketidakseimbangan bumi di masa depan. Pertambahan aktiviti perindustrian sememangnya membawa pembangunan dan kemakmuran kepada negara. Namun, pembangunan yang kurang terancang memberi beberapa kesan sampingan terhadap persekitaran. Ini disebabkan pembangunan yang dijalankan tidak disertakan dengan pemeliharaan alam sekitar.
           
Pembuangan sampah adalah salah satu punca pencemaran yang semakin serius pada alam sekeliling kita. Antara sebabnya ialah orang membuang sampah merata-rata adalah kerana mereka tidak mahu bergerak jauh untuk ke tempat pembuangan sampah atau tidak mahu membayar yuran penggunaan tapak pelupusan sampah, lalu mereka menceroboh harta awam. Selain itu, sikap tidak bertanggungjawab individu dan masyarakat yang membuang sampah sesuka hati, membuang sisa industri, penebangan hutan dan sebagainya.
           
            Punca yang seterusnya, kurang pendidikan menyebabkan masih ramai yang belum faham dan tahu tentang betapa pentingnya alam sekitar kepada kehidupan kita. Mereka juga tidak tahu apakah akibatnya atau kesannya kepada kesihatan kita. Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah pihak penguatkuasa yang kurang tegas, mudah di tipu dan disuap dengan wang dan kekayaan, walaupun undang-undang sudah ada tetapi jika tiada pelaksanaannya maka sia-sia. Semua faktor ini telah menjejaskan alam sekitar yang serius pada hari ini.
Kesan –kesan pencemaran pembuangan sampah adalah sampah yang mengandungi kimia atau bahan organik seperti sisa-sisa makanan dan najis, jika dibuang secara berterusan ke dalam kawasan air boleh menyebabkan air dikawasan itu mendapat jumlah nutrien yang berlebih-lebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya proses “eutrophication” dimana nutrien-nutrien tersebut menyebabkan alga tumbuh berlebih-lebihan dan apa bila alga-alga itu mati, bakteria yang mereputkan atau ‘decompose’ alga tersebut akan mempergunakan jumlah oksigen yang banyak hingga menyebabkan hidupan air yang lain tidak dapat hidup kerana kekurangan oksigen.
Kesan yang seterusnya ialah pembuangan sampah merata-rata tempat akan menjejaskan kesihatan masyarakat sekeliling alam sekitar serta memberi impak kepada negara kita . Sisa-sisa pembuangan sampah boleh membawa pelbagai penyakit seperti demam denggi, keracunan makanan dan sebagai. Misalnya, pembuangan sampah di dalam air boleh menyebabkan nyamuk Aedes membiak di dalam air dan boleh menyebabkan penyakit deman denggi kepada orang sekeliling serta boleh membawa maut. Selain daripada itu, memberi kesan visual yang negatif. Ianya juga boleh menjejaskan imej sesuatu kawasan itu dan memberikan gambaran bahawa penduduk dikawasan itu tidak pembersih walaupun hanya disebabkan oleh sebahagian daripada masyarakat sahaja.
Tambahan pula, kesan pembuangan sampah boleh menwujudkan pencemaran udara di alam sekeliling. Sampah sarap yang membuang rata-rata atau tidak menguruskan dengan baik akan berbau busuk serta dapat nyamuk Aedes membiak di situ, lalat, dan menjadi tempat makanan ternakan. Ini akan menyebabkan tempat pembuangan sampah semakin kotor dan busuk. Maka bauan dan kotoran akan menjejaskan kehidupan sekeliling perumahan itu.
Langkah –langkah untuk mengatasi masalah pembuangan sampa ialah penguatkuasa undang-undang haruslah mengetatkan undang –undang lagi seperti memberi saman atau penjara atau kedua-duanya bagi sesiapa membuang sampah di tempat awam dan harus memberi hukum berat bagi sesiapa membuang rokok di tempat larangan merokok atau di stesen minyak dan sebagainya. Selain langkah itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting. Mereka  harus mendidik anak –anak mereka sejak kecil lagi bagaimana untuk membuang sampah dengan cara yang betul.
 Langkah yang seterusnya, organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral di sekolah serta mengadakan pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling bersih agar si anak-anak murid mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar.
Di samping itu, langkah yang seterusnya adalah kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula, menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan. Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar.


Program kitar semula juga adalah salah satu langkah yang baik untuk menggelakan masalah pembuangan sampah. Kebaikan program kitar semula dari segi sosial ialah apabila pemulihan bahan daripada sampah sarap jika diurus dengan baik boleh menjana peluang kerja baru dan sampah sarap yang berasal dari sayur-sayuran atau bahan makanan yang dipulih daripada sampah sarap boleh diguna sebagai makanan ternak. Kebaikan dari ekologi ialah untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi seperti air, tumbuh-tumbuhan, mineral dan sebagainya. 

Selain itu, program kitar semula ini juga mempunyai kebaikan dari segi ekonomi dan alam sekitar. Dari segi ekonomi ialah bahan-bahan hasil kitar semula memerlukan sedikit tenaga dalam loji pemprosesan dibandingkan dengan pembuatan daripada bahan mentah semula jadi yang menyebabkan penjimatan tenaga. Pemakaian semula hasil pengitaran semula boleh menurunkan kos pengimportan bahan-bahan bagi negara-negara sedang membangun. Bahan-bahan seperti logam, kertas, kaca, plastik dan getah jika dikitar semula boleh mengurangkan pengimportan dari negara lain. Kebaikan dari segi alam sekitar pula ialah apabila amalan pengitaran semula boleh mengurangkan kuantiti bahan buangan yang harus dilupus sehingga mengurangi tempat yang diperlukan untuk tapak pelupusan, selain itu pengitaran semula boleh menyuburkan tanah

Sebagai kesimpulannya, kesemua langkah ini mesti dijalankan dengan cara yang betul supaya dapat menaggelakan masalah pembuangan sampah. Memelihara alam sekitar dengan bersih adalah tanggungjawab bagi semua masyarakat. Di mana negara bersih rakyat sihat.

Disediakan oleh Foo Ke Sin (207495)

Saturday, August 14, 2010

Pencemaran Sungai

PUNCA PENCEMARAN SUNGAI


Pencemaran sungai telah menjadi isu yang semakin serius pada hari ini. Walaupun kempen “Cintai Sungai Kita” telah dijalankan hampir enam tahun oleh pihak kerajaan namun masalah pencemaran sungai  terus berleluasa di kebanyakkan negeri di Malaysia. Keadaan ini terjadi akibat daripada aktiviti-aktiviti perindustrian dan pembuangan sisa-sisa bahan buangan oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan tidak prihatin terhadap alam sekitar. Pencemaran air akan berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna dan kualiti air itu sendiri sehinnga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizik. Terdapat beberapa klasifikasi mengenai indeks kualiti air iaitu indeks kualiti air dari 0-60 dapat diklasifikasikan sebagai tercemar, 60-80 pula dapat diklasifikasikan sebagai sedikit tercemar manakala 80 adalah dianggap bersih.

                Antara punca-punca  yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai di Malaysia ialah kegiatan aktiviti pertanian yang dijalankan di seluruh negeri. Kesan daripada tanih yang subur maka pelbagai kegiatan aktiviti pertanian giat dijalankan di samping memenuhi keperluan eksport dalam menjana perkembangan ekonomi di Malaysia. Aktiviti pertanian yang dijalankan oleh masyarakat petani khususnya telah menjadikan isu pencemaran sungai kian berkembang. Hal ini kerana penggunaan  bahan-bahan kimia di dalam aktiviti pertanian digunakan bagi menjamin kesuburan tanaman. Sebagai contoh para petani menggunakan racun serangga bagi mengelakkan hasil tanaman dimusnahi oleh serangga-serangga perosak. Selain itu petani juga sering menggunakan baja kimia bagi mengekalkan kesuburan dan menjadikan tanaman cepat membesar dalam keadaan  baik. Penggunaa racun serangga dan baja kimia secara berlebihan di dalam kegiatan pertanian dapat mencemarkan kualiti air dan seterusnya menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Kesannya dapat dilihat apabila hidupan akuatik dalam sungai mati. Keadaan  ini berlaku apabila bahan-bahan kimia yang terkandung dalam racun serangga dan baja kimia menyerap ke dalam tanah dan seterusnya mengalirkan air tersebut ke dalam sungai apabila hujan turun. Akibatnya hidupan akuatik seperti ikan akan mati kerana sungai tercemar dengan kandungan kimia yang berlebihan.


                Pembangunan yang serba moden kini telah menyebabkan masyarakat hilang nilai rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar sehingga sanggup membuang sampah sarap ke dalam sungai. Keadaan ini merupakan salah satu punca pencemaran sungai yang berlaku pada masa kini. Sungai-sungai yang ada berdekatan dengan kediaman penduduk dijadikan sebagai tong sampah dengan  membuang sampah secara besar-besaran tanpa mengendahkan kesan yang akan berlaku akibat daripada perbuatan tersebut. Walaupun tong sampah telah disediakan oleh pihak-pihak yang berwajib bagi memudahkan penduduk membuang sampah namun ia tidak digunakan dengan sebaik mungkin. Kebanyakkan sampah sarap yang dicampakkan ke dalam sungai adalah seperti tin kosong, kertas, plastik dan pelbagai sisa makanan. Sampah sarap tersebut mempunyai pelbagai bahan kimia yang boleh menjejaskan kualiti air sungai di samping mendatangkan bau yang kurang menyenangkan kepada persekitaran. Perlonggokkan sampah sarap yang terlalu banyak di sungai boleh menyebabkan aliran sungai disekat oleh sampah tersebut dan seterusnya akan menyebabkan berlakunya banjir pada masa akan datang.

                Pertambahan kilang perindustrian di Malaysia turut menyebabkan berlakunya peningkatan kes pencemaran sungai. Kilang-kilang yang dibina berhampiran dengan sungai akan mengakibatkan berlakunya pencemaran sungai berikutan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak kilang yang sewenang-wenangnya mengalirkan sisa-sisa toksid kilang ke dalam sungai tanpa memikirkan kewujudan masalah yang bakal berlaku.ada di kalangan pihak kilang yang tidak membina takungan kumbahan kerana ingin menjimatkan kos dan mengambil jalan mudah dengan menjadikan sungai sebagai tempat saluran pembuangan bahan tercemar dari kilang. Sisa-sisa toksid yang mengandungi bahan kimia akan menyebabkan kandungan pH dalam air sungai menurun. Kekeurangan pH dalam air sungai akan menjejaskan kualiti air dan seterusnya mendatangkan bahaya kepada manusia dan hidupan akuatik.

                Kapal-kapal atau bot yang menyusuri air sungai juga boleh menyebabkan pencemaran sungai berlaku. Keadaan ini terjadi apabila berlaku tumpahan minyak dari kapal tersebut yang mana tong bagi mengisi minyak telah bocor atau pecah dan menyebabkan minyak akan terapung di atas permukaan air. Rentetan daripada hal tersebut akan mengakibatkan ketidaksampaian cahaya matahari terus ke dalam air yang dihalang oleh minyak yang berada di atas permukaan air. Hal ini kerana tumbuh-tumbuhan dan hidupan akuatik memerlukan cahaya matahari bagi membuat makanan dalam proses fotosintesis. Kekurangan cahaya matahari yang diterima akan menjejaskan tumbesaran  tumbuh-tumbuhan dan hidupan akuatik.

Disediakan oleh Nurul Jamiah Bt Abdul Muttalib (205023)


Langkah Menjaga Alam Sekitar

ALAM SEKITAR





      Apakah yang dimaksudkan dengan alam sekitar? Alam sekitar adalah segala benda hidup dan bukan hidup yang dimana wujud secara semula jadi di permukaan bumi ini. Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu alam sekitar semakin menjadi, contohnya pemusnahan hutan, kesan rumah hijau dan isu-isu lain seperti yang dipaparkan di surat khabar atau televisyen telah menyebabkan keseimbangan ekosistem di permukaan bumi ini terganggu. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Dengan adanya alam sekitar yang tidak tercemar maka kehidupan manusia akan selesa dan menyamankan.

Pada masa sekarang kita sering diberi pilihan sama ada kita mahu mengekalkan flora(tumbuh –tumbuhan) dan fauna (hidupan binatang) ataupun tidak langsung dengan menikmati penambahan kemudahan infrastruktur. Bagi kebanyakannya sering mengalah kepada tuntutan pemodenan dan kemajuan negara. Kita mengorbankan alam sekitar di sekeliling kita bagi memneri laluan kepada pembangunan. Implikasinya seperti yang kita lihat sekarang, banyak spesies flora dan fauna telah pupus dan telah menyebabkan ramai generasi muda sekarang sudah tidak dapat mengenali spesis-spesis yang telah pupus itu.


Tambahan lagi, teknologi yang semakin canggih dalam menghasilkan pelbagai produk juga menyebabkan semakin banyak berlakunya pencemaran. Secara tidak langsung, alam sekitar menjadi mangsa baik di udara, laut ataupun di darat. Langkah-langkah haruslah diambil untuk memulihkan alam sekitar daripada pencemaran. Bagi mengurangkan isu-isu alam sekitar, semua masyarakat perlu bertindak secara bersama untuk memperbaiki alam sekitar kita yang semakin terjejas ini. Kita perlu mencari langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasinya supaya dapat meningkatkan  kesedaran kepada masyarakat untuk menyayangi alam sekitar. Langkah-langkah tersebut dapat mendorong orang ramai supaya peka terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Selain itu, memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak yang sedang membesar tentang kepentingan alam sekitar adalah perlu untuk mendidik mereka supaya prihatin terhadap alam sekitar. Bak peribahasa berkata “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Oleh itu adalah penting untuk ibu bapa sebagai insane yang paling rapat dengan anak-anak memberi pendidikan awal dalam mendidik mereka supaya prihatin terhadap alam sekitar. Kanak –kanak yang sedang membesar perlu dilatih supaya menguasai nilai-nilai murni dalam dirinya. Ini kerana dengan adanya nilai-nilai murni ini, secara semula jadi ia akan memberi kesedaran pada seseorang tanpa dipesan dan diberitahu. Contoh salah satu aktiviti yang boleh diberi kepada kanak-kanak ialah mewarna lukisan alam sekitar dan menerangkan kepada mereka bahawa kepentingan alam sekitar terhadap kehidupan manusia.
Di samping itu, guru -guru di sekolah juga perlu memainkan peranan dan menjadi contoh yang baik kepada pelajar. Guru–guru perlu menanamkan sikap prihatin terhadap alam sekitar supaya menjadi rujukan kepada pelajar. Selain itu, guru–guru perlu bertanggungjawab untuk memberi ilmu pengetahuan tentang alam sekitar kepada pelajar supaya generasi itu peka dan bertanggungjawab terhadap isu–isu alam sekitar. Contohnya aktiviti yang boleh diberikan kepada pelajar ialah menanam pokok–pokok supaya pelajar mempunyai perasaan cintakan alam sekitar.

 Media massa juga perlu memainkan peranan dalam memelihara alam sekitar. Contohnya media massa boleh menyiarkan cara–cara untuk melindungi alam sekitar ataupun kesan–kesan jika manusia tidak memelihara alam semula jadi. Artis boleh menjadi model untuk mempromosikan iklan–iklan menyayangi alam sekitar. Masyarakat lebih minat untuk mengikutinya kerana mereka merupakan golongan yang sentiasa mendapat perhatian. Antara iklan yang boleh dipaparkan adalah menaiki kereta bersama-sama apabila ingin pergi lokasi yang sama kerana ini dapat membantu mengelakkan pencemaran udara dan menjimatkan petrol.




Selain itu, syarikat perindustrian juga perlu bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Syarikat perlu mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Syarikat perindustrian perlu mengamalkan etika-etika yang betul untuk mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Syarikat tidak harus memikirkan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar.

Langkah yang seterusnya adalah kita sebagai individu perlulah memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh diproses semula dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan. Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.


Kesimpulannya, apabila kita menyayangi alam sekitar kita akan mempunyai alam sekitar yang selesa dan bersih manakala kesihatan manusia akan terjamin. Selain itu, negara yang cantik dengan pembekalan udara yang segar akan menarik perhatian pelancong asing. Di samping itu, bumi kita akan mempunyai ekosistem yang stabil, maka habitat hidupan darat dan air terpelihara dan juga dapat mengelakkan kepupusan.

Disediakan oleh Marasy a/p Bun Loot (207388)