Monday, August 30, 2010

Pembuangan Sampah Menjejaskan Alam Sekitar


Pada era globalisasi kini, alam sekitar semakin mencemar oleh sebab-sebab tertentu seperti pencemaran udara, air, tanah, bunyi, pembalakan haram dan lain-lain. Pencemaran ini, akan membawa kesan negatif kepada kesihatan kita di samping ketidakseimbangan bumi di masa depan. Pertambahan aktiviti perindustrian sememangnya membawa pembangunan dan kemakmuran kepada negara. Namun, pembangunan yang kurang terancang memberi beberapa kesan sampingan terhadap persekitaran. Ini disebabkan pembangunan yang dijalankan tidak disertakan dengan pemeliharaan alam sekitar.
           
Pembuangan sampah adalah salah satu punca pencemaran yang semakin serius pada alam sekeliling kita. Antara sebabnya ialah orang membuang sampah merata-rata adalah kerana mereka tidak mahu bergerak jauh untuk ke tempat pembuangan sampah atau tidak mahu membayar yuran penggunaan tapak pelupusan sampah, lalu mereka menceroboh harta awam. Selain itu, sikap tidak bertanggungjawab individu dan masyarakat yang membuang sampah sesuka hati, membuang sisa industri, penebangan hutan dan sebagainya.
           
            Punca yang seterusnya, kurang pendidikan menyebabkan masih ramai yang belum faham dan tahu tentang betapa pentingnya alam sekitar kepada kehidupan kita. Mereka juga tidak tahu apakah akibatnya atau kesannya kepada kesihatan kita. Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah pihak penguatkuasa yang kurang tegas, mudah di tipu dan disuap dengan wang dan kekayaan, walaupun undang-undang sudah ada tetapi jika tiada pelaksanaannya maka sia-sia. Semua faktor ini telah menjejaskan alam sekitar yang serius pada hari ini.
Kesan –kesan pencemaran pembuangan sampah adalah sampah yang mengandungi kimia atau bahan organik seperti sisa-sisa makanan dan najis, jika dibuang secara berterusan ke dalam kawasan air boleh menyebabkan air dikawasan itu mendapat jumlah nutrien yang berlebih-lebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya proses “eutrophication” dimana nutrien-nutrien tersebut menyebabkan alga tumbuh berlebih-lebihan dan apa bila alga-alga itu mati, bakteria yang mereputkan atau ‘decompose’ alga tersebut akan mempergunakan jumlah oksigen yang banyak hingga menyebabkan hidupan air yang lain tidak dapat hidup kerana kekurangan oksigen.
Kesan yang seterusnya ialah pembuangan sampah merata-rata tempat akan menjejaskan kesihatan masyarakat sekeliling alam sekitar serta memberi impak kepada negara kita . Sisa-sisa pembuangan sampah boleh membawa pelbagai penyakit seperti demam denggi, keracunan makanan dan sebagai. Misalnya, pembuangan sampah di dalam air boleh menyebabkan nyamuk Aedes membiak di dalam air dan boleh menyebabkan penyakit deman denggi kepada orang sekeliling serta boleh membawa maut. Selain daripada itu, memberi kesan visual yang negatif. Ianya juga boleh menjejaskan imej sesuatu kawasan itu dan memberikan gambaran bahawa penduduk dikawasan itu tidak pembersih walaupun hanya disebabkan oleh sebahagian daripada masyarakat sahaja.
Tambahan pula, kesan pembuangan sampah boleh menwujudkan pencemaran udara di alam sekeliling. Sampah sarap yang membuang rata-rata atau tidak menguruskan dengan baik akan berbau busuk serta dapat nyamuk Aedes membiak di situ, lalat, dan menjadi tempat makanan ternakan. Ini akan menyebabkan tempat pembuangan sampah semakin kotor dan busuk. Maka bauan dan kotoran akan menjejaskan kehidupan sekeliling perumahan itu.
Langkah –langkah untuk mengatasi masalah pembuangan sampa ialah penguatkuasa undang-undang haruslah mengetatkan undang –undang lagi seperti memberi saman atau penjara atau kedua-duanya bagi sesiapa membuang sampah di tempat awam dan harus memberi hukum berat bagi sesiapa membuang rokok di tempat larangan merokok atau di stesen minyak dan sebagainya. Selain langkah itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting. Mereka  harus mendidik anak –anak mereka sejak kecil lagi bagaimana untuk membuang sampah dengan cara yang betul.
 Langkah yang seterusnya, organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral di sekolah serta mengadakan pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling bersih agar si anak-anak murid mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar.
Di samping itu, langkah yang seterusnya adalah kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula, menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan. Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar.


Program kitar semula juga adalah salah satu langkah yang baik untuk menggelakan masalah pembuangan sampah. Kebaikan program kitar semula dari segi sosial ialah apabila pemulihan bahan daripada sampah sarap jika diurus dengan baik boleh menjana peluang kerja baru dan sampah sarap yang berasal dari sayur-sayuran atau bahan makanan yang dipulih daripada sampah sarap boleh diguna sebagai makanan ternak. Kebaikan dari ekologi ialah untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi seperti air, tumbuh-tumbuhan, mineral dan sebagainya. 

Selain itu, program kitar semula ini juga mempunyai kebaikan dari segi ekonomi dan alam sekitar. Dari segi ekonomi ialah bahan-bahan hasil kitar semula memerlukan sedikit tenaga dalam loji pemprosesan dibandingkan dengan pembuatan daripada bahan mentah semula jadi yang menyebabkan penjimatan tenaga. Pemakaian semula hasil pengitaran semula boleh menurunkan kos pengimportan bahan-bahan bagi negara-negara sedang membangun. Bahan-bahan seperti logam, kertas, kaca, plastik dan getah jika dikitar semula boleh mengurangkan pengimportan dari negara lain. Kebaikan dari segi alam sekitar pula ialah apabila amalan pengitaran semula boleh mengurangkan kuantiti bahan buangan yang harus dilupus sehingga mengurangi tempat yang diperlukan untuk tapak pelupusan, selain itu pengitaran semula boleh menyuburkan tanah

Sebagai kesimpulannya, kesemua langkah ini mesti dijalankan dengan cara yang betul supaya dapat menaggelakan masalah pembuangan sampah. Memelihara alam sekitar dengan bersih adalah tanggungjawab bagi semua masyarakat. Di mana negara bersih rakyat sihat.

Disediakan oleh Foo Ke Sin (207495)

2 comments:

Thank you for this
 
Good. Thanks a lot.
 

Post a Comment