Saturday, August 14, 2010

Pencemaran Sungai

PUNCA PENCEMARAN SUNGAI


Pencemaran sungai telah menjadi isu yang semakin serius pada hari ini. Walaupun kempen “Cintai Sungai Kita” telah dijalankan hampir enam tahun oleh pihak kerajaan namun masalah pencemaran sungai  terus berleluasa di kebanyakkan negeri di Malaysia. Keadaan ini terjadi akibat daripada aktiviti-aktiviti perindustrian dan pembuangan sisa-sisa bahan buangan oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan tidak prihatin terhadap alam sekitar. Pencemaran air akan berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna dan kualiti air itu sendiri sehinnga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizik. Terdapat beberapa klasifikasi mengenai indeks kualiti air iaitu indeks kualiti air dari 0-60 dapat diklasifikasikan sebagai tercemar, 60-80 pula dapat diklasifikasikan sebagai sedikit tercemar manakala 80 adalah dianggap bersih.

                Antara punca-punca  yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai di Malaysia ialah kegiatan aktiviti pertanian yang dijalankan di seluruh negeri. Kesan daripada tanih yang subur maka pelbagai kegiatan aktiviti pertanian giat dijalankan di samping memenuhi keperluan eksport dalam menjana perkembangan ekonomi di Malaysia. Aktiviti pertanian yang dijalankan oleh masyarakat petani khususnya telah menjadikan isu pencemaran sungai kian berkembang. Hal ini kerana penggunaan  bahan-bahan kimia di dalam aktiviti pertanian digunakan bagi menjamin kesuburan tanaman. Sebagai contoh para petani menggunakan racun serangga bagi mengelakkan hasil tanaman dimusnahi oleh serangga-serangga perosak. Selain itu petani juga sering menggunakan baja kimia bagi mengekalkan kesuburan dan menjadikan tanaman cepat membesar dalam keadaan  baik. Penggunaa racun serangga dan baja kimia secara berlebihan di dalam kegiatan pertanian dapat mencemarkan kualiti air dan seterusnya menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Kesannya dapat dilihat apabila hidupan akuatik dalam sungai mati. Keadaan  ini berlaku apabila bahan-bahan kimia yang terkandung dalam racun serangga dan baja kimia menyerap ke dalam tanah dan seterusnya mengalirkan air tersebut ke dalam sungai apabila hujan turun. Akibatnya hidupan akuatik seperti ikan akan mati kerana sungai tercemar dengan kandungan kimia yang berlebihan.


                Pembangunan yang serba moden kini telah menyebabkan masyarakat hilang nilai rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar sehingga sanggup membuang sampah sarap ke dalam sungai. Keadaan ini merupakan salah satu punca pencemaran sungai yang berlaku pada masa kini. Sungai-sungai yang ada berdekatan dengan kediaman penduduk dijadikan sebagai tong sampah dengan  membuang sampah secara besar-besaran tanpa mengendahkan kesan yang akan berlaku akibat daripada perbuatan tersebut. Walaupun tong sampah telah disediakan oleh pihak-pihak yang berwajib bagi memudahkan penduduk membuang sampah namun ia tidak digunakan dengan sebaik mungkin. Kebanyakkan sampah sarap yang dicampakkan ke dalam sungai adalah seperti tin kosong, kertas, plastik dan pelbagai sisa makanan. Sampah sarap tersebut mempunyai pelbagai bahan kimia yang boleh menjejaskan kualiti air sungai di samping mendatangkan bau yang kurang menyenangkan kepada persekitaran. Perlonggokkan sampah sarap yang terlalu banyak di sungai boleh menyebabkan aliran sungai disekat oleh sampah tersebut dan seterusnya akan menyebabkan berlakunya banjir pada masa akan datang.

                Pertambahan kilang perindustrian di Malaysia turut menyebabkan berlakunya peningkatan kes pencemaran sungai. Kilang-kilang yang dibina berhampiran dengan sungai akan mengakibatkan berlakunya pencemaran sungai berikutan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak kilang yang sewenang-wenangnya mengalirkan sisa-sisa toksid kilang ke dalam sungai tanpa memikirkan kewujudan masalah yang bakal berlaku.ada di kalangan pihak kilang yang tidak membina takungan kumbahan kerana ingin menjimatkan kos dan mengambil jalan mudah dengan menjadikan sungai sebagai tempat saluran pembuangan bahan tercemar dari kilang. Sisa-sisa toksid yang mengandungi bahan kimia akan menyebabkan kandungan pH dalam air sungai menurun. Kekeurangan pH dalam air sungai akan menjejaskan kualiti air dan seterusnya mendatangkan bahaya kepada manusia dan hidupan akuatik.

                Kapal-kapal atau bot yang menyusuri air sungai juga boleh menyebabkan pencemaran sungai berlaku. Keadaan ini terjadi apabila berlaku tumpahan minyak dari kapal tersebut yang mana tong bagi mengisi minyak telah bocor atau pecah dan menyebabkan minyak akan terapung di atas permukaan air. Rentetan daripada hal tersebut akan mengakibatkan ketidaksampaian cahaya matahari terus ke dalam air yang dihalang oleh minyak yang berada di atas permukaan air. Hal ini kerana tumbuh-tumbuhan dan hidupan akuatik memerlukan cahaya matahari bagi membuat makanan dalam proses fotosintesis. Kekurangan cahaya matahari yang diterima akan menjejaskan tumbesaran  tumbuh-tumbuhan dan hidupan akuatik.

Disediakan oleh Nurul Jamiah Bt Abdul Muttalib (205023)


0 comments:

Post a Comment